Catatan Puisi-Bila Sesuatu Yang Mustahil Telah Kau Lalui

 




Bila sesuatu perkara yang tidak sepatutnya berlaku,
Bila sesuatu perkara yang tidak seharusnya terjadi,

Jangan kau kira ianya tidak akan berlaku,
Jangan kau ingat ianya tidak akan terjadi,

Dan hari ini bila telah menjadi kenyataan,
Kau akan lalui sesuatu yang mungkin tpernah kau bayangkan,
mungkin jua tidak.

Dan inilah masanya, telah tiba untuk kau rasa, kau alami, kau lalui, untuk kau belajar sesuatu.

Ambillah peluang ini..
Peluang yang orang lain tidak ketahui,
Hanya dirimu, dirimu, dirimu..

Inilah masa kau muhasabah diri, audit diri dan kau belajarlah, belajarlah, belajarlah.
Kerana daripada belajar, kau akan tahu.
Tahu merasai luka, sakit dan getir,
Tahu mensyukuri bila kau memperolehi,
Tahu bahawa kau sebenarnya sedang diuji,
Tahu inilah hakikat orang yang tidak mempunyai,
Tahu harga dirimu,
Tahu bahawa Allah swt semakin dekat dengan mu..

Kau tak pernah minta,
Dan sesiapa pun tak pernah minta,
Namun jangan kau kira,
Jangan...

Teruskan memandang ke langit, menerima ujian ini dengan rela,
Demi redha Allah..

Kerana Dia, Dia, Dialah segalanya...
Segalanya...

By
Gunting Arus​

0 Response to "Catatan Puisi-Bila Sesuatu Yang Mustahil Telah Kau Lalui "

Posting Komentar

Putra Samay. Diberdayakan oleh Blogger.

Popular Posts

My Blog List